ASSLAMUALAYKUM WELCOME TO MY BLOG INSYA ALLAH BERMANFAAT
KALAU PENGEN BACA, TERLEBIH DAHULU KLIK DI JDUL BCAAN/LINK POSTINAGAN/DI FULL READ:

Sabtu, 25 Desember 2010

Cinta Hakiki

CinTa HaKiKi... cinta hakiki BERCINTA-cinta adalah realiti alam remaja. Tidak sah sekiranya tidak dibuai keasyikan. Cinta pandang pertama, cinta monyet dan sebagainya adalah asam garam remaja. Apabila sudah bercinta mulalah merindu dan jika sudah rindu mula terkena penyakit angau. Makan tidak lalu, tidur tidak lena, mandi tidak basah, rambut tidak disyampu, gigi tidak digosok dan sindrom lain lagi. Untuk dapat cinta manusia itu, lalu berusahalah remaja dengan apa cara di mana-mana, tidak kira masa, yang penting sasaran cinta tercapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang tersasar dalam erti sebenar cinta. Kita hanya bergelut dan bergulit mencari cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik. Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta. Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan. Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat. Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan bertenggek di menaranya. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga, bagaimana hendak dapat cinta Allah. Sebagai panduan kepada remaja dan pembaca sekalian, diperjelaskan di sini beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah. Sebagai panduan kepada remaja dan pembaca sekalian, diperjelaskan di sini beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah. Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Seba-b kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan Khaliknya. Dalam hadis Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya.” Kemudian dalam keterangan lain al-Rasul menjelaskan: “Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak.” Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk membuka hati. Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran. Hafal lagu Hindustan lancar dan ‘cair’ takkanlah al-Fatihah ‘berkeretot’ bunyinya. Sebenarnya hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dengan membaca al-Quran. Cuba lihat seorang sahabat bernama Ubay pernah namanya disebut Allah kerana suka membaca al-Quran. Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis. Nabi uji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang paling agung. Beliau menjawab; “ayat kursi”. Banyakkanlah membaca ayat ini. - Hendak dapat cinta Allah ialah dengan solat malam (qiyamullail). Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam. Tapi bukan untuk solat, hanya untuk yang lain, tengok bola, tonton filem, berborak, lepak-lepak dan sebagainya. Sebenarnya untuk qiyamullail tidak semestinya bangun jam tiga atau empat pagi. Sekadar dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai atau ketika tonton bola, berhenti sekejap ketika rehat perlawanan lalu berwuduk dan solatlah dua rakaat - termasuk qiyamullail. Jika hendak lakukan qiyamullail antara caranya ialah: a. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa. b. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam. c. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun qiyamullail memang tidak jadi. d. Tidur sekejap waktu tengah hari. - Hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang dicipta Allah. Kejadian langit yang tiada bertiang dan tiada penyangkut bagaimana Allah tegakkannya. Allah sembunyikan malam serta datangkan cerah dan siang. Bagaimana Allah jadikan kita. Allah besarkan kita, remajakan dan tuakan kita, kemudian daripada adanya kita kepada tiada. Pokok Allah tumbuh nampak sama tetapi tidak serupa. Buah rambutan nampak serupa tapi tidak sama. Semua ini akan mendekatkan kita dengan Pencipta. Rasa lemah dan kerdilnya diri dan rasa agungnya Allah. Lalu kita cinta Allah. Jika kita mula cinta Allah maka Allah akan membalas cinta kita.

0 komentar:

Posting Komentar